Tuesday, November 20, 2012

HE knows what the best .

Assalamualaikum warrahmatullah ;)
Selamat ber-3.49 petang *masa sekarang
Erm , macam mana nak start erk ?
Ni kalau time PMR BM kertas 2 , buat pendahuluan je dah 7 minit= 1 perenggan setengah kertas kajang *test pad actually 
Baiklah sidang hadirin sekalian , hari tu singgah kejap laman Facebook ,
member gua created status , dia ada mimpi result keluar .
Sebelum ni , ada jugak member yang lain mimpi dapat result .
Tapi tak sempat nak tau , dia dah tersedar .
Atleast , mimpi tu tak bagi tau lagilah dia dapat berapa . 
Yang sorang ni pulak ,  memang dah terang tang tang mimpi tu kasi tau . 
7A .
Alhamdulillah . Kalau aku jadi dia , aku sangat sangat sangat berterima kasih to HIM .
Tapi , menurut spekulasi yang tak betul aku ni , dia macam nak lebih dari tu .
Tapi lagi , kalau aku jadi dia pun , aku pun nak jugak lebih dari tu .
Sebab , kita memang pegang istilah : USAHA LEBIH DAPAT LEBIH . Betul tak ?
Usaha dia memang tip top . Istiqamah . Qyamnya , study dia , aku tengok pun respect dengan dia . Trial dia pun sangat cemerlang , top 5 dalam ranking tingkatan .
Cuma , ye lah . Memang susah nak terima mimpi yang sebegitu . 
Walaupun , kita kata mimpi tu mainan tidur . Tapi tak salah kita ambil itu sebagai renungan pengislahan diri . 
Namun , dia kata dia tetap redha dengan ketentuan Dia .
Kalau itu yang terbaik buat dia .
Lagi aku respect dengan dia .
Aku pun pernah mengalami mimpi yang sama. 
Lagi awal dari dia . Time tu tak silap baru beberapa minggu lepas exam .
Sebahagian kita , tekun melakukan amalan sebab periksa . Faham ?
Maksud , kita qyam , solat sunat , puasa dan sebagainya atas setem nak periksa supaya tambah berkat , Allah memberi pertolongan . Faham ? Okay , kalau tak drop kan aje .
Itu yang kita biasa buat SEBELUM periksa  . Tapi , lepas periksa ?
Still lagi dengan amalan itu semua ? Kalau ya , Alhamdulillah . Syabas buat anda ! Kalau tidak , tanya balik kat diri , ikhlas ke aku buat semua tu ? Buat kerana periksa atau kerana ALLAH SWT ?  Kalau kerana ALLAH  , sudah tentulah amalan itu masih berterusan . Betul ? Maaf kalau saya tersilap .
Jadi , kalau kita buat kerana ALLAH , Insyallah *Ustaz Azhar Idrus kata we can use this  walau apa pun keputusan kita , sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaikk buat setiap hamba-nya . Yang penting ? KERJASAMA ! Jadah tu namanya . Yang penting berdoa sayang . 
Mintak pinjam sekejap kata kata Hlovate dalam Versus , KITA KALAU BERDOA TU , MUDAH JE SEBENARNYA .KALAU TAK TAU DOA ARAB, LAFAZ JE APA SAJA YANG TERLINTAS DI HATI . SEMUA ITU ILHAM ALLAH . MINTAK APA SAJA , NYATAKAN APA SAJA. BUAT MACAM RECITE DAILY JOURNAL . APA YANG KITA JALANKAN, APA YANG KITA SESALKAN, APA YANG KITA SYUKURKAN,APA YANG KITA HARAP DIAMPUNI . HARAPAN UNTUK BERUBAH YANG MENGUBAH,HARAPAN UNTUK MASA HADAPAN YANG INDAH . JUST SIMPLY TALK TO HIM .DIA SENTIASA MENDENGAR SEBAB DIA MAHA MENDENGAR .NO MATTER HOW YOU SAY IT . NO MATTER WHEN AND WHERE. NO MATTER WHAT. DOA ITU WIRELESS . DAN COVERAGE DIA MASUK SATU UNIVERSE  . OKAY SAYANG ? The okay sayang aku punya ayat . Hlovate tak de nya tulis gaya bahasa linguistik sebegitu rupa . Hahah . Ampun . Sekarang just berdoa dan tawakal . Kalau dapat apa yang kita harapkan , Alhamdulillah . Kalau sebaliknya , mungkin Dia merencana sesuatu yang lebih indah dari yang kita harapkan . Sejujurnya , aku tak harap untuk apa apa pun . Biar ALLAH yang menentukan . Langsung tak de perancangan . Ke mana nak pergi lepas ni pun aku tak pikir . Sebab kita tak tau apa ALLAH rancang untuk kita . Bukan nak menunjuk atau apa , tapi nak share sesuatu yang baik . Change for good is not a crime pe . Okay ?
Aku tulis ni bukan nak hentam ke , nak menunjuk nunjuk ke , nak bajet ke ape , tapi buat renungan bersama . Sebab aku tau aku pun bukan lah baik sangat . Ada yang lagi better . Tapi tak salah kalau saling ingat mengingati . Okay ?  Dahh tu je kot . Kau nampak jurang masa aku tulis mende ala ni ? Kompem bill elektrik akan naik melambung nanti . Dah kbye .












Monday, November 19, 2012

Jangan namakan Muhammad kalau perangai macam tu !

Assalamualaikum warrahmatullah :)
Baik anda sentap baca tajuk ni !
Actually , ni adalah 'sound-track' ayah .
I have one abang and one adik .
Muhammad A and Muhamad  A Z respectively . 
Both of them ada nama junjungan besar Nabi SAW di pangkalnya .
Nak jadikan cerita , masa itu maghrib tak silap .
Dah jadi norm dalam masyarakat kita , sentiasa dahulukan duniawi dari akhirat .
Abang and adik aku masih menghadap perihal duniawi mereka .
Maghrib kalau boleh lepas salam terus takbir ihram untuk isyak .
Faham tak ? Kira dah penghujung waktu baru nak solat .
Ayah , biasa lah . Itu tanggungjawab beliau sebagai ketua keluarga .
Jenuh dah kut cakap beriban , dan biasalah anak muda , solat alahai tenggelam timbul je dibuatnya
Last , Ayah pun manusia biasa .
Ada limit perasaan .
Terkeluar jugalah ' baik ayah tak namakan Muhammad lah kalau perangai macam ni '
Gua sentap . 
Even nama gua tak de Muhammad , gua still terasa beb .
Tu lah example given yang paling hampir dengan gua . 
Yang lain siyesly gua tak nak ambik pot .
Buat apa nak pikir salah orang lain walhal diri tu sama ja macam mereka .
Cermin diri sebelum tunding jari pada orang lain .

Pengajaran : Muhammad tak kisah lah pada pangkal ke , tengah ke , hujung ke kat nama tu sabenarnya peringatan sebelum melakukan kemungkaran . Cintakan Nabi tandanya kita cintakan Allah . Tak ke ?