Friday, June 8, 2012

Jangan mengeluh!

Salam :)
Nampak tak keyakinan mula terbangkit?
Silalah nampak wahai _ !
Sepanjang 2 minggu bercuti______
usahlah ditanya pergi ke mana
Ke rumah sahaja.
Itupun cukup menyeronokkan. 
Pelbagai keluhan timbul satu persatu
dan usahlah buat muka annoy sangat baca 
sememangnya itu amat huduh. 
ikuti ini!

Jangan mengeluh
Apabila bangun pepagi ditinggal ibu bapa yang cukup disayangi. Sesungguhnya mereka sudah mula bekerja mengikut waktu pejabat iaitu 8am-5pm. Mujur waktu pejabat,kalau waktu mahkamah,waktu klinik, atau mungkin waktu hospital. OH TIDAK!Dan diri yang comell ini lah yang mengambil alih sedikit sebanyak tugasan ibu. Mujurlah ibu mempunyai anak perempuan yang comell +rajin+bertanggungjawab ini. OH BUKAN! Ini bukan ayat edisi perasan. Ini ayat edisi tenangkan jiwa yang kacau.

Jangan mengeluh
Apabila tiada tempat mahu mengadu tentang kerja kursus sejarah yang boleh dibilang harinya mahu dihantar. Sesungguhnya silap diri juga. Alpa akan kata-kata azimat cikgu di kelas yang mempunyai air-cond yang sesuainya untuk kroihkroihkroih. Jadi masa itulah masa yang mungkin kurang strategik mahu kroihkroihkroih. Tiada apalah. Berkat kak nam yang ada pada diri ini lah akhirnya berjaya membuat 2/5 kerja kursus tersebut. Sampai kawan kawan juga sudak agak soalan apa yang akan ditanya apabila nama ini yang tertera di skrin telefon telefon canggih mereka.

Jangan mengeluh
Apabila abang-ku balik rumah menayangkan jamnya yang ermm itu. Sesungguhnya itulah hadiah daripada kedua orang tak bape nak tua-ku. Tiada apalah. Masaku insyallah akan tiba nanti. OH TIDAK! Aku tidak mahu jam. Aku mahu rumah terus. Agak menyenangkan juga ya?
Setia Tropika masih kosong. Memang hari hari akan ku baham Papa John disitu. BHAHA<-ketawa jahat. OH TIDAK! Aku tidak lah sekejam itu. Yang diminta cuma redha mereka sahaja. Sedar diri ini tidak punya banyak waktu untuk terus di bumi ini. Tidak tahu nasib di sana kelak. Jadi, merekalah antara yang mampu membantuku.

Jangan mengeluh
Apabila perut pula meragam. Sudah diagak bukan? Iya, lapar. Jangan lah ditanya kenapa. OHH ini bukan nafsu semata. Ini keperluan semasa. Harus diisi dengan segera. Nampak tak ayat nak undur diri? Janganlah mengeluh wahau stalker-ku. Nanti akan ku hapdate lagi ya. Salam sayang buat semua <3

2011: kawan 1 dorm 2010. Jam orang main tibai je pakai.OHH bukan mencuri. Pinjam sahaja.Iya,tidak se-awesome kalian. 





Maaflah :(

Salam semua.
Silalah rindu si empunya blog ini.
Sesungguhnya empunya blog ini amatlah malas untuk meng-hapdate blog nya ini.
Walaupun cuti sekolah 2 minggu hampir habis,
namun sikap malasnya tetap tidak berubah.
Silalah terima kenyataan.

Maaflah,
kalau selama ni buat tertunggu akan ke-hapdate-an blog ini
sesungguhnya tiada idea mahu dibicarakan.

Maaflah,
kalau blog ini bertambah buruk jadinya
sesungguhnya empunya blog tidaklah se-kreatif,se-inovatif blogger yang lain.

Maaflah,
bila baca blog ni, ayat macam budak skema duduk tepi padang sambil baca buku pada waktu rehat lalu memakan bekal yang dibawa dari rumah yang dimasak oleh ibu kesayangannya itu
sesungguhnya empunya blog ini tidak mencapai tahap kematangannya lagi.

Maaflah,
kalau blog ini kosong bak lagu najwa latif yang mencapai jutaan peminat tuh, yang comel,yang pandai bak kata sepupu saya yang juga schoolmate NL tu, yang pandai bergaya walaupon agak pelik
sesungguhnya saya tiada ilmu lagi pengetahuan dalam merias blog
mungkin suatu hari nanti, saya akan panggil Eric Leong. Mungkin~

Maaflah,
kalau sampai sini saja ke-hapdate-an saya
sesungguhnya saya tiada kekangan waktu untuk terus membebel seorang diri ,menulis sampai ber-episod panjangnya.

Selamat Hari Raya.
OH LALA, tak sabar nak raya
walaupun PMR juga sedang membilang harinya.

terrer kan aku berpantun?
Bakat terpendam kunun-kunun.

dengan kawan meja sebelah : Mathsenang, UNIKL