Friday, June 8, 2012

Jangan mengeluh!

Salam :)
Nampak tak keyakinan mula terbangkit?
Silalah nampak wahai _ !
Sepanjang 2 minggu bercuti______
usahlah ditanya pergi ke mana
Ke rumah sahaja.
Itupun cukup menyeronokkan. 
Pelbagai keluhan timbul satu persatu
dan usahlah buat muka annoy sangat baca 
sememangnya itu amat huduh. 
ikuti ini!

Jangan mengeluh
Apabila bangun pepagi ditinggal ibu bapa yang cukup disayangi. Sesungguhnya mereka sudah mula bekerja mengikut waktu pejabat iaitu 8am-5pm. Mujur waktu pejabat,kalau waktu mahkamah,waktu klinik, atau mungkin waktu hospital. OH TIDAK!Dan diri yang comell ini lah yang mengambil alih sedikit sebanyak tugasan ibu. Mujurlah ibu mempunyai anak perempuan yang comell +rajin+bertanggungjawab ini. OH BUKAN! Ini bukan ayat edisi perasan. Ini ayat edisi tenangkan jiwa yang kacau.

Jangan mengeluh
Apabila tiada tempat mahu mengadu tentang kerja kursus sejarah yang boleh dibilang harinya mahu dihantar. Sesungguhnya silap diri juga. Alpa akan kata-kata azimat cikgu di kelas yang mempunyai air-cond yang sesuainya untuk kroihkroihkroih. Jadi masa itulah masa yang mungkin kurang strategik mahu kroihkroihkroih. Tiada apalah. Berkat kak nam yang ada pada diri ini lah akhirnya berjaya membuat 2/5 kerja kursus tersebut. Sampai kawan kawan juga sudak agak soalan apa yang akan ditanya apabila nama ini yang tertera di skrin telefon telefon canggih mereka.

Jangan mengeluh
Apabila abang-ku balik rumah menayangkan jamnya yang ermm itu. Sesungguhnya itulah hadiah daripada kedua orang tak bape nak tua-ku. Tiada apalah. Masaku insyallah akan tiba nanti. OH TIDAK! Aku tidak mahu jam. Aku mahu rumah terus. Agak menyenangkan juga ya?
Setia Tropika masih kosong. Memang hari hari akan ku baham Papa John disitu. BHAHA<-ketawa jahat. OH TIDAK! Aku tidak lah sekejam itu. Yang diminta cuma redha mereka sahaja. Sedar diri ini tidak punya banyak waktu untuk terus di bumi ini. Tidak tahu nasib di sana kelak. Jadi, merekalah antara yang mampu membantuku.

Jangan mengeluh
Apabila perut pula meragam. Sudah diagak bukan? Iya, lapar. Jangan lah ditanya kenapa. OHH ini bukan nafsu semata. Ini keperluan semasa. Harus diisi dengan segera. Nampak tak ayat nak undur diri? Janganlah mengeluh wahau stalker-ku. Nanti akan ku hapdate lagi ya. Salam sayang buat semua <3

2011: kawan 1 dorm 2010. Jam orang main tibai je pakai.OHH bukan mencuri. Pinjam sahaja.Iya,tidak se-awesome kalian. 





No comments:

Post a Comment